UMNO Terbuka Kepada Orang Melayu, Bumiputera – Ismail Sabri

- Advertisement -

KOTA KINABALU: UMNO terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputera yang ingin menyertainya, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi kita (UMNO), sesiapa sahaja orang Melayu dan Bumiputera boleh (memohon untuk) menyertai parti,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Beliau berkata, bagi bekas ahli parti yang ingin menyertai semula UMNO perlu melalui prosedur biasa dan terpulang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan berhubung permohonan mereka.

“Saya rasa ramai pemimpin UMNO buat kenyataan bahawa kita parti terbuka. Ramai yang dah keluar (UMNO) pun masuk balik, tapi apa pun perlu diputuskan oleh Majlis Tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan oleh beberapa pemimpin UMNO agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin kembali menyertai UMNO.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat