Daki puncak Kinabalu dengan normal baharu

Lega Sudah Bebas PKPD

SEPANG: Berakhirnya kepungan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 12.01 tengah malam tadi, melegakan penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. Tinjauan...

Vaksin: Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin COVID-19 dapat disediakan...

COVID-19: SOP Baharu Pengembara Sabah Didorong Penurunan Kes – KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kadar penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dicatatkan di Sabah merupakan antara faktor yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melonggarkan prosedur...

Maradona Si Pemilik ‘Tangan Tuhan’ Meninggal Dunia

CYBERJAYA: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Tigre, lapor Daily Mirror. Maradona, 60, menjalani pembedahan membuang darah...

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

Oleh Noorazlina Jindeh

RANAU (Bernama) — Penularan virus COVID-19 menjadi igauan ngeri penduduk dunia hinggakan ia mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada normal baharu serta memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.

Tatacara normal baharu yang berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Setelah hampir dua bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei lepas tetapi setiap pendaki perlu mematuhi SOP.

Peluang ini tidak dilepaskan sia-sia oleh media di Sabah termasuk penulis apabila menerima tawaran TTS bagi pembukaan semula pendakian untuk melihat pelaksanaan SOP ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter itu, baru-baru ini.

Rombongan media terdiri daripada wartawan agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan Astro Awani diiringi oleh Penguasa substesen Panalaban Julaimin Kamin, malim gunung, anggota mencari dan menyelamat gunung (MOSAR), renjer TTS dan porter.

Pendakian kali ini bagi penulis amat berbeza selepas kali terakhir mendaki lima tahun lepas ke puncak gunung tertinggi di Malaysia itu yang terletak di Taman Kinabalu, Kundasang kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu.

Selain perlu mematuhi SOP, keadaan cuaca di Taman Kinabalu, yang juga kawasan Tapak Warisan Dunia, ketika itu cukup redup dan mendung menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa.

PENDAKIAN KE PANALABAN


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lalu, Taman Taman Sabah (TTS) membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei dan setiap pendaki perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berdasarkan normal baharu itu hanya 100 pendaki dibenarkan dalam sehari (berbanding kira-kira 165 orang sebelum PKP) untuk mendaki dan setiap pendaki akan diperiksa suhu badan selain mencatat nama pada buku daftar di pintu masuk utama Taman Kinabalu sebelum dibenarkan berada di kawasan taman untuk urusan pendakian.

Menurut Julaimin, setiap pendaki termasuk malim gunung dan porter tidak terkecuali daripada SOP yang ditetapkan itu bagi memastikan keselamatan setiap pendaki terjamin.

Pertamanya, suhu badan pendaki perlu melepasi tahap yang ditetapkan, barulah dibenarkan untuk mendaftar masuk bagi urusan pendakian seperti bayaran insurans, malim gunung, penginapan dan porter.

Waktu pendaftaran pula bermula seawal 7.00 pagi-10.30 pagi sahaja sebelum bergerak ke Timpohon bagi memulakan pendakian ke Panalaban sejauh enam kilometer.

Tepat pukul 9.40 pagi, selepas menandatangani buku daftar masuk di pintu Timpohon, 88 pendaki termasuk media dibenar untuk meneruskan pendakian ke Panalaban yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.

Panalaban adalah tempat perhentian yang menempatkan beberapa asrama penginapan untuk pendaki bermalam sebelum meneruskan pendakian keesokan hari ke puncak Kinabalu.

SOP PENDAKIAN UNTUK SEMUA PENDAKI


Rombongan media terdiri daripada wartawan agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan Astro Awani diiringi oleh Penguasa substesen Panalaban Julaimin Kamin, malim gunung, anggota mencari dan menyelamat gunung (MOSAR), Renjer TTS dan porter.

Julaimin berkata, sepanjang pendakian ke Panalaban, pendaki akan melalui tujuh pondok perhentian iaitu pondok Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Paka dan Waras.

Pemeriksaan suhu badan semua pendaki termasuk malim gunung dan porter akan dijalankan lagi di pondok Layang-Layang yang berada di ketinggian 2,702 meter dari aras laut.

“Jika suhu mereka lebih daripada 37.4 darjah selsius, individu itu akan dikuarantin di bilik yang telah disediakan di pondok Layang-Layang. Tetapi sejak aktiviti pendakian dibuka sehingga kini belum ada lagi yang dikuarantin,” katanya yang telah berkhidmat dengan TTS sejak 2002.

Selepas itu, suhu pendaki diperiksa lagi di pondok Waras; di pintu masuk restoran dan penginapan Laban Rata; sebelum bertolak ke puncak Gunung Kinabalu dan selepas turun dari puncak Kinabalu.

Semasa berada di puncak Kinabalu pula, bagi mengelakkan kesesakan hanya empat orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa dan perlu bergilir untuk bergambar.


Proses sanitasi dibuat di setiap kawasan rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.

Proses sanitasi juga dibuat di setiap kawasan penginapan yang terdiri daripada beberapa buah antaranya rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.

Kedudukan katil di setiap bilik juga disusun dengan jarak yang ditetapkan selain penyediaan cecair pembasmi kuman di setiap pintu masuk bilik penginapan.

SOP DI RESTORAN LABAN RATA


Pelayan di restoran Laban Rata membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan, operasi resort Sutera Santuary Lodges Freddi Jude Julani Alexius berkata, bagi penyediaan makanan di restoran Laban Rata, pendaki tidak dibenar untuk mengambil makanan sendiri seperti sebelum ini.

Bagi mematuhi SOP, pelayan di restoran akan membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan.

“Jumlah pendaki yang berada di restoran ini untuk menjamu selera juga dikurangkan kepada 30 orang berbanding 40 orang sebelum ini,” katanya sambil menjelaskan tempoh 30 minit diberikan untuk setiap kumpulan berada di restoran itu.

Freddi Jude berkata, setiap pelayan mahupun tukang masak di restoran itu juga memakai pelitup separuh muka sebagai langkah keselamatan.

Bagi seorang pendaki, Kurong anak Beki, 39, berkata dengan penetapan SOP itu lebih memberi keyakinan kepada pendaki agar merasa lebih selamat.

Berasal dari Sri Aman, Sarawak, beliau yang juga seorang penjawat awam berkata, meskipun baru pertama kali mendaki, SOP itu penting dalam usaha membantu kerajaan membendung penularan COVID-19.

 

HARUNGI ‘SUNGAI KECIL’ MENUJU PANALABAN


Air terjun kecil disepanjang laluan menuju ke Panalaban berikutan hujan yang turun di Kundasang.

Selain berpeluang merasai pelaksanaan SOP pendakian, pengamal media seramai 10 orang  itu juga berdepan dengan pengalaman mendaki dalam keadaan hujan dan meredah air terjun kecil yang deras mengalir di sepanjang laluan menuju ke Panalaban.

Bagi penulis, ia suatu pengalaman pertama mendaki dalam keadaan cuaca hujan lebat sepanjang empat kilometer ke Panalaban selain terpaksa memakai baju hujan berbanding pendakian sebelum ini cuacanya amat baik dan cerah.

Rintik-rintik hujan mula dirasai kira-kira 12 tengah hari itu telah melambatkan perjalanan pendakian yang dijadual tiba pukul 3.00 petang namun hanya tiba di Panalaban pada pukul 6.30 petang kerana laluan yang berbatu dan licin menyukarkan pendakian selain berdepan dengan suhu yang sejuk.

Baju hujan adalah antara keperluan yang perlu dibawa ketika mendaki selain sarung tangan, stokin, makanan ringan, minuman, ubat  dan pakaian yang mudah kering selain ringan bagi memudahkan pergerakan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika mendaki ialah perubahan suhu dan ketinggian akan menyebabkan pendaki merasa pening, loya dan muntah berpunca daripada mabuk gunung (AMS)

“Jika pendaki merasa sesak nafas dan kesejukan yang melampau, mereka perlu maklumkan kepada malim gunung supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka,” kata Julaimin.

BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Berita Berkaitan

‘Saya okay, cuma hilang deria bau’ – Alif Satar

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, selepas lima hari empat malam di sini, saya okay dan stabil. Tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya...

Lenovo Yoga Slim 7i, Komputer Riba Yang Nipis Dan Bergaya Untuk Anda

Buat anda yang mencari sebuah komputer riba untuk kegunaan harian terutamaya bisnes, mungkin agak pening kepala untuk memilih puluhan model menarik yang ada di...

Samsung Galaxy Note 20 Ultra, ‘Raja’ Telefon Pintar Android Bagi Tahun 2020

Mulai dilancarkan pada Ogos lalu sebagai telefon pintar terbaik pernah dihasilkan Samsung iaitu Galaxy Note 20 Ultra sehingga kini masih lagi menjadi rebutan peminat...