Zahid Pertahan 3 Negeri Untuk Siapa? – Annuar Musa

- Advertisement -

SEREMBAN – Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan pendirian Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan tekad mempertahankan penguasaan tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri.

Mengulas ucapan Presiden Umno itu di Persidangan Agung Umno 2023, Annuar berkata, sebagai seorang Presiden parti, Ahmad Zahid sememangnya perlu cuba membina keyakinan ahli-ahlinya dengan menyatakan komitmen seperti itu.

Beliau turut mengucapkan ‘good luck’ kepada Ahmad Zahid.

“Dia kata nak pertahan Pulau Pinang, Selangor & Negeri Sembilan? Dia pertahan tu untuk siapa? Pertahan Pulau Pinang untuk siapa? Untuk DAP? Silakan. Dia nak pertahan Selangor untuk Umno ke PKR? Kalau untuk PKR silakan. Dia nak pertahan Negeri Sembilan ni untuk siapa?

“Good luck. Pada saya itu tugas dia berucap di hadapan ahlinya dia cuba membina keyakinan tentang komitmen dia, pada saya tidak salah. Bagi presiden umno buat komitmen untuk pertahankan. Tapi saya kata rakyat juga sudah ada tekad masing-masing,” katanya selepas Majlis Town Hall MN Peringkat Negeri Sembilan, semalam.

Bekas ahli Parlimen Ketereh itu juga menambah, seperti yang diketahui PAU merupakan tempat ‘jilat menjilat’, dimana pemimpin-pemimpin memberi ucapan menyedapkan hati masing-masing sahaja.

“Itu tugas dia dalam ucapan, dalam PAU tempat menyedapkan hati masing masing. PAU tu dah terkenal satu perhimpunan dalam bahasa kasarnya ‘jilat menjilat’. Jadi tak apa lah, saya kena hormati itu hak dia untuk memberi keyakinan pada ahlinya.

“Di Kelantan pun 34 tahun berikrar merampas Kelantan, tiap tiap kali pilihanraya kalah juga. Jadi yang ini pun insyallah kalah juga,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat