Tajaan Biasiswa Bidang Perubatan, Farmasi dan Pergigian Akan Diteruskan – PM

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor berkenaan di dalam negara.

“Sejak minggu lalu saya ada perjumpaan khas dengan JPA dan mereka kata itu (menghentikan tajaan) adalah dasar sedia ada, dasar yang lalu.

Jadi, saya minta dikaji semula berdasarkan unjuran kita yang mana keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi itu masih ada. Maknanya, program biasiswa JPA untuk sektor-sektor ini akan diteruskan,” katanya dalam program Temu Anwar@USM di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan salah seorang peserta program itu yang juga mahasiswa USM berhubung keputusan kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang berkenaan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat