Polis Tahan Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta Bapa

- Advertisement -

KLANG – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, kelmarin mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata bapa kanak-kanak itu berusia 49 tahun turut ditahan di sebuah rumah di Pandamaran, kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata, terdahulu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima satu klip video berdurasi 1.21 minit yang tular di media sosial.

Katanya, klip video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna perak yang dipercayai berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 6 petang di Jalan Banting-Pandamaran.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik membuat serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan Pandamaran kira-kira jam 1.15 tengah hari.

“Dalam serbuan itu, polis menahan pemilik kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pemandu kereta dalam video yang tular itu.

“Kedua-dua mereka bersama kenderaan berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah umur dan Seksyen 111 APJ 1987 iaitu bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa maksud melakukan perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat