‘Saya Nekad Tidak Akan Kembali Kepada UMNO’ kata Annuar Musa

- Advertisement -

SENAWANG: Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bertekad tidak akan kembali ke pangkuan parti UMNO.

Annuar Musa berkata demikian pada majlis Ceramah Gelombang Kebangkitan Rakyat yang dihadiri 10,000 orang di Senawang, Negeri Sembilan, malam tadi.

Menurut Annuar, bukan mudah dirinya untuk membuat keputusan tersebut.

“Tidak mudah untuk saya membuat satu keputusan walaupun ramai rayuan kawan-kawan mengajak saya kembali kepada UMNO,

“Petang tadi pun Presiden UMNO membuat rayuan kepada mereka yang digantung dan dipecat untuk kembali kepada UMNO,

“Saya nekad untuk membuat keputusan untuk tidak lagi kembali kepada UMNO dalam meneruskan perjuangan.” Kata Annuar Musa.

Ujarnya lagi, realitinya hari ini UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat.

“2 juta rakyat semenjak Pilihan Raya Umum ke-13 sudah meninggalkan UMNO,

“UMNO bukan parti pilihan rakyat pada masa kini, UMNO bukan lagi mengutamakan perpaduan rakyat, UMNO bukan lagi parti hendak menjaga kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.” Jelas Annuar lagi.

Annuar juga berkata, UMNO kini sebuah parti yang menjaga kepentingan individu, menjaga kepentingan kelompok serta puak dan sekarang sibuk menjaga parti DAP semata-mata.

Terdahulu pada majlis tersebut, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh, sah menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) .

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menerima borang keahlian Tan Sri Annuar Musa pada majlis Ceramah Gelombang Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan.
Beliau menceritakan detik-detik yang membuat beliau membuka hati untuk menjadi ahli PAS.

“Saya perhatikan hemat bicara tokoh tokoh pas, prinsip-prinsipnya, saya perhatikan kebolehan wakil wakil rakyat PAS, dalam hati kecil saya kagum, kerana pas mendidik wakilnya dengan nilai politik cukup tinggi.

“Pemimpin pas tidak tamak dengan jawatan,”katanya dalam ucapan di majlis Ceramah Gelombang Kebangkitan Rakyat.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat