Ketika tiada kuasa kita uji dengan kritik kerajaan, bila berkuasa integriti menguji kita – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – 11 Mei 2018 yakni 24 jam selepas kemenangan bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lahirlah satu harapan baharu buat Malaysia.

Rakyat bangkit membawa mesej perubahan, menolak politik lama dan mahukan sebuah pentadbiran yang lebih bersih, telus serta berintegriti.

Waktu itu Datuk Seri Mohamad Sabu pernah sebut, “semasa belum ada kuasa, kita uji kerajaan dengan mengkritik mereka. Bila kita berkuasa, kita pula diuji dengan integriti kita.”

“Hari ini bila Bang Mat imbas kembali detik tersebut, kata-kata itu terasa semakin besar maknanya.

“Masa jadi pembangkang, kita bercakap soal idealisme, keadilan dan harapan rakyat. Tetapi bila diberi amanah mentadbir negara, cabarannya jauh lebih besar.

“Kita bukan sahaja diuji dari sudut kemampuan mentadbir, tetapi juga diuji dengan kejujuran, prinsip dan kesetiaan kepada perjuangan asal.

“Kita diuji sama ada masih mahu mendengar suara rakyat ketika berada di tampuk kuasa.

“Kita diuji sama ada kepentingan rakyat benar-benar diutamakan melebihi percaturan politik.

“Kita diuji untuk kekal bersih ketika berdepan godaan jawatan, pengaruh dan kuasa.Dan kita juga diuji untuk terus mempertahankan perpaduan serta kestabilan negara dalam suasana politik yang penuh cabaran,” katanya.

Justeru bagi Mat Sabu sejarah 11 Mei 2018 bukan sekadar tentang kemenangan politik.

“Ia adalah peringatan bahawa mandat rakyat datang bersama amanah yang sangat besar.

“Perjuangan sebenar bukan hanya untuk mendapatkan kuasa, tetapi bagaimana kuasa itu digunakan dengan penuh integriti demi rakyat dan masa depan Malaysia,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat