“Ibu Bukan Sekadar Permaisuri, Tapi Tunjang Utama – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR,– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan penghargaan istimewa kepada seluruh kaum ibu sempena sambutan Hari Ibu, sambil mengiktiraf peranan mereka sebagai tunjang utama dalam pembentukan generasi masa depan yang berakhlak dan berilmu.

Dalam satu hantaran Facebook, beliau menzahirkan penghormatan terhadap kaum ibu yang disifatkan bukan sekadar permaisuri dalam sesebuah keluarga, malah sebagai agen pembentukan masyarakat yang bermaruah dan unggul.

“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang,” tulis beliau.

Ucapan itu selaras dengan gagasan Malaysia MADANI yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam pembangunan negara.

Hari Ibu disambut pada Mei setiap tahun, sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan golongan ibu dalam institusi keluarga dan masyarakat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat