Dibuli, Dizalimi Umno Masih Berani Melawan – Rais Yasin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno masih berani melawan walaupun dibuli dan dizalimi.

Malah meski ditohmah dengan fitnah, parti Melayu itu tetap kekal berkuasa, kata Exco Melaka, Datuk Rais Yasin.

Menurut beliau kekentalan Umno itu adalah petanda kesucian Umno sebuah perjuangan.

“Mungkin ramai manusia yang berhajat mengkuburkan parti ini dengan pelbagai cara, namun percayalah ” sumpah kekeramatan ” sentiasa menjadi perisai yang melindungi Umno untuk kekal dengan izin Ilahi, dulu kini dan selamanya.

“Bukti keramatnya Umno pasti dapat dilihat oleh insan yang celik dan berakal. Mana tidaknya, walau dipijak dan diinjak tetap mampu bangkit. Walau dibuli dan dizalimi masih berani melawan.

“Walau ditohmah dan difitnah tetap akhirnya kekal berkuasa. Inilah petanda kesucian Umno sebuah perjuangan.,” ujar Timbalan Pengerusi Umno Melaka itu sempena ulang tahun ke-77 Umno pada Khamis.

ADUN Paya Rumput itu juga menambah, bingkisan sejarah Umno dalam persada politik negara terlalu panjang untuk dicoretkan.

Kata Rais, cukuplah disimpulkan, inilah satunya parti gergasi yang selama ini menunjangi pentadbiran negara.

“Sebutlah apa sahaja kejayaan dan kenikmatan yang kita rasai sekarang, semuanya hasil jasa perjuangan Umno.

“Malah, bersilih ganti pemimpin nombor 1 negara, semuanya adalah hasil produk dan didikan “madrasah” politik Umno,” katanya.

Justeru kata beliau lagi, berbekalkan rasa cinta dan setia kepada parti ini, beliau menyeru agar semua ahli istiqamah dalam usaha merapatkan saf perpaduan.

“Bersama kita mendukung penuh kepimpinan parti yang diterajui oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bergeraklah seiring dan sekata. Kita adalah pejuang sejati yang menjunjung obor perjuangan untuk diwariskan kepada anak cucu kelak,” seru Rais.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat