Operasi Tahan Pendatang Asing Di PKPD Pasar Borong KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa hari ini menjalankan operasi memburu pendatang asing tanpa izin di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan flat Sri Murni yang kini masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Warga asing tanpa dokumen termasuk pemegang kad UNHCR palsu telah dibawa ke depoh Imigresen untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber kepada MalaysiaGazette operasi yang bermula 7 pagi tadi adalah untuk memastikan semua pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur memiliki dokumen yang sah dan mereka tanpa dokumen akan dibawa ke depoh Imigresen serta merta.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberi jaminan kebajikan kanak-kanak akan dijaga.

“Kita akan pastikan mereka ditempatkan di depoh di mana ada kawasan keluarga dan tempat untuk kanak-kanak bermain,” katanya sambil meminta mana-mana pihak supaya bertenang.

Operasi tersebut disertai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette di kedua-dua lokasi itu mendapati trak-trak Imigresen membawa keluar kumpulan warga asing tanpa izin itu.

Mengulas lanjut, Dr Santhara berkata, operasi besar-besaran itu selaras dengan usaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang diterajui Tan Sri Annuar Musa untuk mengembalikan Pasar Borong Kuala Lumpur kepada pekerja tempatan.

Katanya, selepas operasi ni hanya 20 pekerja asing dibenarkan bekerja di pasar tersebut manakala kekosongan selebihnya iaitu 2,000 pekerja asing sebelum ini akan diisi oleh rakyat negara ini.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat