Bekas Adun Kembali Sertai PKR Selepas Kumpulan ‘Kartel’ Dipecat

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

Perjuangan muzik UNC

MUNCUL dengan single Akhirnya pada hujung September tahun lalu, kumpulan baharu dikenali Uncle Naz Cabin atau UNC akur perlu mencari arah untuk mengembangkan bakat...

Fobia Covid-19 tetap ada

Pengalaman ketika dijangkiti Covid-19 pada April tahun lalu memberi satu kejutan buat pelakon, Puteri Aishah. Namun dia tidak boleh melayan perasaan takut untuk meneruskan kerjaya...

KUCHING – Bekas Adun Padungan Dominique Ng, yang keluar PKR pada 2011 berikutan insiden yang disifatkannya sebagai pengkhianatan oleh “kartel YB” menyertai semula parti itu hari ini.

Dalam satu kenyataan, peguam itu berkata, pemimpin yang mengkhianati beliau yang disifatkannya sebagai “pembelot” sama telah keluar PKR atau dipecat.

Katanya, beliau memikirkan perkara itu untuk tempoh yang panjang kerana beliau keluar parti 9 tahun lepas “dengan perasaan sangat sedih dan kecewa”.

“Saya keluar PKR kerana dikhianati oleh ‘kartel YB’ dalam parti. Kerusi saya di Padungan ditukar dengan wakil DAP Voon Lee Shan di Batu Lintang pada saat-saat akhir, sekali gus menumpaskan 2 YB yang agak aktif yang bekerja keras untuk pengundi mereka.

“Bagaimanapun selepas sikap dan watak sebenar kumpulan ‘pembelot’ didedahkan dan mereka sama ada keluar parti atau dipecat, PKR meminta saya kembali ke dalam parti bagi membantu pada waktu ia mengalami krisis dalaman,” katanya.

Katanya beliau tidak mahu PKR musnah di tangan bekas pemimpinnya.

“Saya berharap PKR akan menjadi parti lebih baik, yang benar-benar memperjuangakan keadilan untuk rakyat. Demi rakyat Sarawak saya bersedia melupakan perkara lepas dan telah pun memaafkan mereka yang mengkhianati saya,” katanya.

Dominique, yang juga merupakan presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) berkata, beliau akan terus memperjuangakan hak negeri Sarawak.

“Hak Sarawak hendaklah dikembalikan kepada Sarawak,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan