Hamzah Tak Perlu Campur Tangan Urusan Pertukaran Pegawai Polis – Hassan Karim

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu menarik balik arahannya yang mahukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menangguhkan keputusan pertukaran pegawai kanan polis.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata Hamzah tidak seharusnya campur tangan dalam urusan tersebut dan Abdul Hamid mesti diberi ruang dan kebebasan serta tidak diganggu bidang kuasanya.

Jelasnya, penukaran itu terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dan Hamzah tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apatah lagi menggagalkan keputusan yang telah diambil Abdul Hamid.

“Saya memandang perkara yang cuba dilakukan Menteri Dalam Negeri adalah serius.

“Walaupun sekarang negara berada dalam keadaan darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara.

“Satu perkara yang perlu diingatkan bahawa baru-baru ini, Ketua Polis Negara telah mendedahkan wujudnya gejala dipanggil kartel dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.

“Pada hari ini pula (Sabtu) Ketua Polis Negara mendedahkan bahawa dadah telah menjadi ancaman nombor satu negara.

“Menurut beliau jumlah rampasan dadah oleh polis dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Hassan berkata, apa yang membimbangkan apabila media mendedahkan Malaysia menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan negara sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.

Katanya, PDRM perlu kekal sebagai sebuah agensi yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dapat berfungsi secara profesional, cekap dan amanah.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,593FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat