‘Saya tak bantah, tapi kena siasatlah siapa calon suaminya’ – Chef Wan

Kuala Lumpur: Chef Wan mengakui beliau menangis selepas dibanjiri pelbagai tohmahan berhubung kisah pernikahan anaknya pelakon, Serina Redzuawan, semalam.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, berkata, dia terkilan apabila diketepikan dalam urusan pernikahan anaknya itu dan menyifatkan Serina hanya mementingkan diri.

“Saya tidak pernah membantah hasrat Serina nak berkahwin, sebaliknya mahu dia benar-benar menyiasat calon suaminya terlebih dulu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Chef Wan berkata, dia juga kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak tahu hujung pangkal menyerangnya secara terbuka kononnya dia tidak membenarkan Serina berkahwin.

“Sejak mula saya tidak pernah membantah pun. Saya siap bergurau lagi dan suruh dia bersabar untuk beberapa bulan lagi. Kenalah siasat dulu sebelum nikahkan mereka. Akhirnya ada orang beritahu saya mereka sudah nikah di Siam (Thailand).

“Penat mak bapa bela dari dua tapak jari, apabila besar ini balasannya. Semalam saya menangis dengan rasa pedih melihat komen daripada orang ramai. Ia sangat melukakan hati saya,” katanya.

Chef Wan menegaskan dia mempunyai hak untuk bersuara dan menjelaskan kebenaran mengenai perkara itu. Dia tidak mahu perkara itu terus tersebar dan bertukar fitnah.

“Berhenti salahkan saya kononnya aibkan anak nikah di Thailand. Anda tak terfikir saya ada hak untuk jujur menjelaskan dan menyampaikan kebenaran? Tak cerita macam-macam fitnah nanti keluar dan orang akan mengumpat dan mengata macam-macam hingga ditokoktambah. Sedangkan sudah cerita pun masih ada menuduh konon saya tak bagi restu,” katanya.

Chef Wan berkata, perkara ini sepatutnya menjadi teladan buat masyarakat yang berdepan isu kekeluargaan.

Menurutnya, perkara yang salah tetap salah.

“Inilah kisah anak-anak kita yang degil, kepala macam batu! Ia terjadi kepada ramai keluarga di luar sana pun sebelum ini. Bukan saya seorang saja. Apabila buat kesalahan begitu, belajar supaya keluarga lain ambil teladan daripada sifat pendek akal dan pentingkan diri sendiri itu. Ini pengajaran buat semua terutama anak-anak muda. Jangan jadikan perbuatan mereka yang tak betul itu betul,” katanya.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang anggota polis dikenali sebagai Aidid, semalam. Menurutnya, majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...