Ramasamy bidas Dr Akmal kerana selalu guna ‘stereotaip perkauman’

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy membidas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang didakwa menggunakan stereotaip perkauman.

Jelas Ramasamy, ia susulan debat mengenai isu sekolah vernakular.

Memetik Malaysiakini, Ramasamy berkata, Dr Akmal sepatutnya menjawab dengan rasional dan matang hujah yang dikemukakan mengenai kewujudan sekolah vernakular, namun sebaliknya tidak.

“Tidak menghairankan, dia menjawab dengan mengatakan bahawa saya mungkin ‘mabuk’ atau ‘keliru’ tentang pembelaan saya terhadap sekolah vernakular.

“Dia cuba menjaja stereotaip dan klise perkauman yang biasa bahawa sebagai seorang berketurunan India, saya mungkin cenderung terhadap arak,” kata Ramasamy.

Terdahulu, Dr Akmal dalam kenyataan Facebooknya berkata apa gunanya salahkan sekolah vernakular, jika punca sebenar polarisasi kaum dan agama terletak pada kaedah politik diorganisasikan di negara ini.

“Kata parti kamu berbilang kaum,mahu membentuk bangsa malaysia,tetapi bab pendidikan nak diasingkan??

“Orang politik seperti kamu inilah yang menjadi punca perpaduan antara kaum selama ini tak dapat disuburkan.

“Kamu mabuk ke apa??,” soal Dr Akmal.

Tambah Ramasamy lagi, Dr Akmal membuat kenyataan dangkal dan bersifat perkauman mengenai sekolah vernakular.

Malah katanya, Akmal juga dilihat tidak mampu untuk berbincang secara normal berhubung gesaannya agar kerajaan melakukan penilaian menyeluruh mengenai sistem pendidikan sekolah berkenaan.

“Akmal menggelarkan dirinya sebagai ketua pemuda Umno, tetapi alangkah malangnya bagi ahli-ahli pemuda Umno apabila mempunyai pemimpin yang cuba mengelirukan mereka dalam satu subjek penting seperti kewujudan sekolah vernakular di negara ini.

“Saya cabar dia supaya sekolah vernakular ditutup. Saya ingin tahu bagaimana rakan-rakannya dari DAP akan menyahut cabaran ini,” kata Ramasamy yang meninggalkan DAP tahun lepas.

Dalam pada itu Ramasamy sekali lagi menegaskan bahawa kewujudan sekolah vernakular didorong oleh diskriminasi terhadap bukan Melayu yang diamalkan ketika Umno-BN berkuasa.

“Pemimpin Umno yang keliru dan salah maklumat seperti Akmal tidak memahami sejarah, mungkin versi hegemoni sejarah Melayu yang terpesong.

“Sekadar menyatakan, parti berdaftar, United for the Rights of Malaysian Party (Urimai) tidak ditakrifkan mengikut perkauman atau etnik.

“Berbeza dengan Umno, keahlian (Urimai) terbuka kepada semua kaum, khususnya yang kurang bernasib baik dan terpinggir,” kata Ramasamy.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat