Sekolah vernakular tidak akan dinilai, diiktiraf Akta Pendidikan – Fadhlina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang merangkumi lebih 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM terus mempertahankan sistem pendidikan itu selaras dengan Seksyen 28 (penubuhan Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan), Akta Pendidikan 1996.

“Kita mendengar pandangan tersebut tapi untuk hari ini pendirian KPM adalah untuk berdiri tegak dan memperkukuhkan Akta Pendidikan.

“Sekolah vernakular ini sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini, diiktiraf oleh Akta Pendidikan.

“Kita akan teruskan dengan pendirian tersebut berdasarkan Akta Pendidikan,” katanya di Kuala Langat, lapor MalaysiaGazette pada Isnin.

Sabtu lalu, media melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh meminta kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular di negara ini.

Beliau berkata, penilaian itu termasuk dalam aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Kenyataan berkenaan kemudian dibidas bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy yang menyifatkan masalah perpaduan di negara ini bukan disebabkan sekolah berkenaan, sebaliknya oleh institusi kepartian yang membawa agenda kaum.

Fadhlina turut mengulas berkenaan kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong bahawa sekolah vernakular hanya aliran sampingan di negara ini dan tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan.

Tegas tokoh akademik itu, sekolah kebangsaan menjadi aliran utama dan ‘maruah’ bagi sistem pendidikan Malaysia, manakala sekolah vernakular boleh dikatakan menghalang perpaduan negara dan perpaduan kaum.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat