PM lawat Siemens Energy di Berlin

- Advertisement -

BERLIN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan beliau ke Jerman hari ini dengan mengunjungi Siemens Energy, satu daripada syarikat teknologi tenaga utama di dunia.

Ketibaan Anwar di ibu pejabat Siemens Energy di Huttenstrasse, di sini, disambut oleh ahli lembaga eksekutif Siemens Energy, Vinod Philip.

Turut mengiring Perdana Menteri semasa lawatan tersebut ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Duta Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Siemens Energy yang beroperasi di 90 negara dan memiliki kira-kira 90,000 pekerja terlibat dalam keseluruhan landskap tenaga – daripada tenaga konvensional hingga kepada tenaga boleh baharu, teknologi grid kepada simpanan hingga kepada mengelektrikkan proses perindustrian kompleks.

Kilang di sini dengan kira-kira 3,400 pekerja terlibat dalam pemasangan turbin gas serta sistem pengeluaran hidrogen elektrolisis.

Anwar, yang juga menteri kewangan serta rombongannya turut dibawa melawat kilang tersebut dan mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan Siemens Energy.

Tahun lepas, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau.

Perkongsian itu bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa terma TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat