Anwar usaha tarik pelabur Jerman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dan delegasi mengadakan lawatan rasmi lima hari ke Jerman.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kunjungan ini akan membuka peluang kepada beliau dan pemimpin Jerman untuk membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu.

“Alhamdulillah, selamat tiba di kota Berlin bagi memulakan lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman.

“Saya juga turut disertai Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” catat Anwar di Facebooknya pada Isnin.

Menurut Perdana Menteri, lawatan ini juga membolehkan beliau berkongsi persekitaran kondusif negara dalam usaha menarik para pelabur berpotensi dari Jerman untuk melabur di Malaysia.

“Doakan urusan saya dan delegasi Malaysia di Jerman dipermudahkan, Insya-Allah,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat