90 Peratus Ahli Bersatu Kuala Selangor Ikut Saya Tinggalkan Parti – ADUN Jeram

KUALA SELANGOR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menentukan hala tuju parti itu pada masa depan.

Mohd Shaid berkata, sebagai penyokong Pejuang beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti membuat keputusan termasuk soal bekerjasama dengan mana-mana politik dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Apa yang kita sedia maklum, Pejuang akan menjadi satu blok bebas dan kita tidak diberi sebarang mandat untuk bekerjasama dengan mana-mana parti di Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas mengenai sokongan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram terhadap Pejuang, Mohd Shaid berkata, setakat ini pihaknya tidaklah ekstrim untuk mencari ahli dan sebagainya.

Bagaimanapun, katanya, Pejuang mampu menjadi wadah perjuangan sebuah parti berprinsip dan berkualiti yang diyakini menjadi pilihan rakyat untuk tempoh jangka masa panjang.

“Walaupun sukar hendak bawa pembaharuan dalam jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang, kita boleh membentuk sebuah parti bermaruah, selain mendidik dan membentuk ahli kita yang rasional dan menyokong perjuangan parti,” katanya.

Katanya, kira-kira 90 peratus ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kuala Selangor sudah meninggalkan parti itu untuk menyokong kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pada masa ini hanya tinggal sejumlah kecil ahli yang masih setia dengan Bersatu Bahagian Kuala Selangor, selebihnya mengikut saya meninggalkan parti ini,” katanya.

Pada PRU-14 lalu, Mohd Shaid memenangi kerusi DUN Jeram atas tiket Bersatu sebelum mengumumkan keluar Bersatu pada 8 Ogos tahun lalu.  – Sinar

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...

EU Tidak Bolot Vaksin, Lebih 5 Juta Dos Vaksin Disumbangkan Kepada Malaysia – Michalis Rokas

PUTRAJAYA – Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin. Dutanya ke...