Bekas setiausaha politik kepada Ketua Menteri Melaka ke-12 dan isteri yang ditahan SPRM?

KUALA LUMPUR, — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas setiausaha politik kepada Ketua Menteri Melaka bersama isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek yang juga bergelar Datuk Wira dan pernah berkhidmat kepada bekas Ketua Menteri Melaka serta bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri itu dipercayai menerima rasuah sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi bagi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 2 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021.

“Pasangan suami isteri ini juga disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang,” menurut sumber berkenaan.

Sumber lain memaklumkan kepada SuaraTV bahawa individu terbabit merupakan salah seorang bekas setiausaha politik kepada Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Sulaiman Md Ali.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi media lain mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Beliau berkata kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat