Tempeleng Anak: Wanita direman enam hari

- Advertisement -

Arau: Seorang wanita yang didakwa mencederakan anak perempuannya di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi telah ditahan reman hingga 16 Februari bagi membantu siasatan.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor mengeluarkan perintah reman selama enam hari selepas suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 9.33 pagi tadi.

Suspek yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai pekerja kantin itu ditahan di bilik sewanya di Jejawi pada jam 11.30 malam Isnin lalu.

Penahanan ini dilakukan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial, memaparkan wanita itu menampar anaknya beberapa kali sehingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di kepala akibat terkena bucu bangku.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam Ahad lalu.

“Polis menerima laporan daripada orang awam berhubung perlakuan wanita berkenaan yang dirakam CCTV. Dalam video itu, suspek memukul belakang kepala kanak-kanak perempuan sehingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah.Kejadian disyaki berlaku di hadapan kaki lima sebuah pasar raya di Jejawi, dan suspek direman bagi membantu siasatan,”

Mangsa yang berusia empat tahun mengalami luka di bahagian kening kanan dan telah menerima rawatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” tambahnya.

Sementara itu, kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Semalam, video berdurasi 47 saat yang menunjukkan seorang wanita menarik tangan dan menampar anak perempuannya sebanyak tiga kali, termasuk di kepala, telah tular di media sosial. Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang prihatin terhadap keselamatan kanak-kanak tersebut.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat