PM seru elak perang saudara, pasak jentera parti di Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu jentera parti Barisan Nasional (BN) agar mengelakkan perang saudara.

Hal ini kata beliau, kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bergantung kepada kekuatan jentera parti.

Jelas Ismail Sabri, jentera BN sentiasa bersedia dan terus diperkemaskan untuk memastikan kemenangan demi kestabilan rakyat dan negeri Johor.

“Paling penting ialah kita tidak berpecah. Dalam sesebuah perjuangan, elakkanlah perang saudara.

“Sentiasa bersatu hati kerana fokus kita adalah untuk mencapai satu matlamat iaitu kemenangan.

“Saya membawa semangat Keluarga Malaysia pada pilihan raya ini dan ia bukanlah semangat baru, tetapi semangat BN yang hampir sama dengan konsep Keluarga Malaysia,” katanya ketika bertemu jentera BN Parlimen di Muar, Johor pada Jumaat.

Beliau menyeru semua bersama-sama memastikan kemenangan BN demi rakyat dan semua bangsa Malaysia yang dicintai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat