Syarat Pengeluaran i-Sinar KWSP Akhirnya Dimansuhkan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar untuk menambah baik inisiatif tersebut selepas mengambil kira maklum balas awam, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya langkah itu diharap dapat membantu ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki sedia ada.

“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000,” katanya.

Katanya bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka.

“Bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya.

Beliau berkata berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut menasihati ahli untuk merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli. – Bernama

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Dua Bekas ADUN DAP Perak Masuk Bersatu

KUALA LUMPUR - Dua ADUN Perak kini nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan memilih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Memetik laporan Malaysiakini, ADUN Tronoh, Paul...

Lesen Peniaga, Penjaja Dan Bayaran Separuh Sewaan Premis Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen berniaga secara percuma dan diskaun sewaan premis, termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik agensi,...

Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan...