Muafakat Nasional Di Selangor Tetap Utuh

- Advertisement -

SHAH ALAM – Walaupun terdapat suara-suara sumbang yang ingin menjatuhkan Muafakat Nasional (MN), namun gagasan kerjasama itu didakwa terus utuh dan semakin kukuh di Selangor.

Ketua Penerangan MN Selangor, Datuk Azhari Shaari berkata, Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi sering mengadakan pertemuan bagi membincangkan pembangunan negeri itu.

Menerusi program bual bicara bertajuk ‘Muafakat Talk: Apa Cerita MN Selangor?’ pada Rabu, Azhari yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam berkata, perbincangan dibuat di peringkat negeri supaya hubungan UMNO dan Pas tidak retak.

“Buat masa ini, kami sangat selesa tidak kira apa yang kami bincangkan termasuk soal pembahagian kerusi kerana kami serahkan semuanya kepada pimpinan negeri untuk membuat keputusan.

“Tentang jumlah pembahagian kerusi itu, kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti di peringkat negeri dan pusat,” katanya yang merupakan salah seorang panel dalam sesi bual bicara itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi 3 Pas Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh yang juga ahli panel dalam sesi itu berkata, ahli Pas perlu berpegang kepada mandat yang diberikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkukuh MN dan pertahankan Perikatan Nasional (PN).

Ujarnya, ia merupakan satu isyarat yang cukup jelas bagi MN terus berusaha untuk mengekalkan hubungan ini bukan setakat hingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tapi selama-lamanya.

“Kekalahan UMNO dan Pas ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Kandis perlu dilihat sebagai satu hikmah besar di sebalik dugaan yang dihadapi kerana walaupun kita kalah, sokongan rakyat dah mula datang kepada UMNO dan Pas yang boleh duduk bersama selepas bertembung lebih 60 tahun.

“Banyak program yang kita dah jalankan di Selangor, malah kita dah tubuhkan jawatan kuasa MN di peringkat negeri dan sambutannya cukup menggalakkan.

“Kita mahu tunjukkan bahawa pimpinan UMNO dan Pas khususnya di Selangor memang benar-benar nak bersama untuk mengambil Selangor daripada tangan PH pada PRU15 nanti,” katanya.

Program bual bicara yang disiarkan di Facebook Media UMNO Selangor pada Rabu dikendalikan oleh Aktivis Politik Muda Shah Alam, Hidir Ali Razali yang hadir sebagai moderator program itu bagi membincangkan tentang perhubungan UMNO dan Pas dalam MN di Selangor serta isu-isu berbangkit sepanjang MN ditubuhkan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat