Bandar Raub Perdana Dikenakan PKPD Bermula Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang selama 14 hari bermula esok hingga 25 Feb depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil setelah penilaian risiko dilakukan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan terdapat 75 individu dikesan sebagai kontak rapat kes positif COVID-19.

“KKM juga telah mengambil 40 sampel PCR dan daripada jumlah itu 35 individu didapati negatif manakala lima lagi masih menunggu keputusan.

“Saringan bersasar terhadap baki kontak rapat sedang dilaksanakan,” katanya pada sidang media mengenai PKP di sini, hari ini.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat