Jawatan Pengerusi PN Mesti Disandang Oleh Presiden Parti Gabungan Yang Punyai Kuasa dan Autoriti Wakili Parti Masing-Masing – ARMADA

PETALING JAYA, — Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menegaskan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mestilah disandang oleh mana-mana Presiden parti gabungan yang mempunyai kuasa serta autoriti untuk mewakili parti masing-masing.

Menurut kenyataan media Biro Politik ARMADA yang dikeluarkan oleh Mohd Fahim Mohd Farid, pendirian itu penting bagi memastikan keabsahan, kestabilan serta kelancaran pentadbiran Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan politik.

ARMADA turut menegaskan bahawa isu kepengerusian PN perlu diselesaikan secara kolektif dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan oleh kepimpinan tertinggi parti-parti gabungan, selaras dengan prinsip muafakat dan tanggungjawab bersama.

“Jawatan Pengerusi PN perlu disandang oleh Presiden parti gabungan yang mempunyai mandat, kuasa serta autoriti untuk mewakili parti masing-masing. Perihal ini penting bagi memastikan keabsahan dan kelancaran pentadbiran Perikatan Nasional,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, ARMADA turut menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis agar Perikatan Nasional meneruskan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis dengan mengutamakan kepentingan rakyat, pembangunan serta kesejahteraan negeri.

Selain itu, ARMADA turut mengecam keputusan Jabatan Peguam Negara yang mengklasifikasikan kes melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkaitan dana Yayasan Akalbudi sebagai tiada tindakan lanjut atau No Further Action (NFA).

ARMADA menyifatkan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang mencemarkan imej institusi perundangan negara dan menegaskan institusi berkenaan seharusnya mempertahankan kepentingan rakyat serta menegakkan prinsip keadilan, bukannya melindungi mana-mana golongan berkuasa.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat