Fitnah dirasuah RM1 bilion: Kenapa kerajaan tak pertahan, lindungi nama baik Agong?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan dikecam kerana didakwa tidak serius mempertahankan dan melindungi nama baik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya bertindak tegas di atas beberapa portal media yang telah memuat naik tulisan bahawa Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau, kenyataan tersebut amat jelas berbaur fitnah dan boleh mengundang kegusaran awam serta mencemarkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Kenyataan tersebut sekiranya tidak diambil tindakan tegas oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), akan memperlihatkan ketidakseriusan kerajaan dalam mempertahankan dan melindungi nama baik Agong.

“Seperti dalam kes-kes sebelum ini, menteri dilihat amat agresif mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang didakwa melanggar undang-undang siber di mana mereka dipanggil untuk disiasat serta kandungan media sosial mereka diturunkan dan dipadam dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru ahli Parlimen Machang itu menyoal mengapa tiada tindakan serupa yang tegas dan segera terhadap kandungan seperti ini yang secara jelas menghina dan memfitnah Agong?

“Pihak PN telah membuat laporan polis menafikan fitnah jahat ini maka kerajaan khususnya pihak berwajib hendaklah segera mengambil tindakan agar maruah Yang di-Pertuan Agong terus dipelihara.

“Saya juga mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial beliau tempoh hari yang telah membuat kenyataan terbuka mengenai kononnya terdapat bayangan wang derma berjumlah RM750 juta.

“Kenyataan tersebut jelas mengelirukan dan telah membuka lebih banyak ruang fitnah ditaburkan ke atas Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat