Umno tekad perangi politik wang sebelum politik wang bunuh Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno beriltizam untuk memerangi politik wang dan mematikannya.

Politik wang telah menjerumuskan Umno ke tahap sekarang,” tegas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, ia bukan sahaja menyebabkan Umno tewas, tetapi menjadikan parti semakin lemah dan tidak berketahanan.

“Kepada semua ahli Umno, sedarlah, politik wang adalah jelik, jijik dan sangat keji. Keji pada agama, keji pada adat, keji pada amalan.

“Umno hanya untuk mereka yang bersih, berjuang, dan mengasihi bangsanya. Kita mesti membunuh politik wang, sebelum politik wang membunuh Umno,” katanya pada ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada Rabu.

Jelas Mohamad, Umno yang tewas ini, akan menjadikan idea sebagai modal politiknya, bukan lagi wang dan kuasa.

“Umno akan menggunakan kecerdikan, pemikiran unggul, idea terbaik, dan fikrah yang progresif, sebagai modal politiknya. Ia mesti dibangunkan semula, dengan pemikiran terbaik. Pendekatan paling kreatif. Idea paling luar biasa dan mempesonakan.

“Umno akan menjadi ‘a learning political party’. Yang akan menyerap, keunggulan intelektual dan kecerdasan, dari semua pendukungnya, baik ahli parti mahupun dari orang Melayu dan bukan Melayu, yang bersedia untuk menyumbang kepada tanah air.

“Perjuangan politik kurun ke 21, adalah tentang percaturan dasar terbaik, program paling memanfaatkan, kepimpinan paling kompeten, dan institusi paling moden dan termaju. Gerakan UMNO pasca PRU 15, akan berorientasikan data, kajian, ilmu baru dan pendekatan termaju,” katanya.- Suara.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat