Sabah sesuai kerajaan perpaduan – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — “Salah satu kenyataan yang berat telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri ialah Sabah sesuai dengan Kerajaan Perpaduan, saya kira itu kita boleh ambil sebagai isyarat.”

Demikian kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditanya oleh pemberita berkenaan kemelut politik yang melanda Sabah ketika ini.

Jelasnya, Perdana Menteri telah memberi saranan agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan di Sabah, bagi menyelesaikan permasalahan politik yang berlaku di negeri berkenaan.

“Saya fikir Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah pun pergi ke Sabah dan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kanan dalam semua parti yang ada di negeri Sabah,” katanya.

Kemelut politik Sabah bermula apabila Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Situasi itu berlanjutan apabila Hajiji mendakwa masih mendapat sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala Bung Moktar meneruskan usahanya untuk menumbangkan kerajaan GRS.

Semalam, Anwar dan Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat