Jadikan PAU medan diskusi bukan menuding jari – Mahdzir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi bayangan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2022 kali ini berbeza dengan himpunan terdahulu ekoran kekalahan yang dialami parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Justeru, beliau mengingatkan kepada semua agar PAU kali ini dimanfaatkan sebagai medan untuk berdiskusi berbanding menuding jadi sesama sendiri.

“Tahun ini PAU berbeza dalam satu keadaan Umno dan BN kalah banyak tempat dan kerusi sudah tentu ia menjadi satu suasana dimana kita kalah kepada Perikatan Nasional (PN).

“Semua orang tahu kita dapat 30 kerusi sahaja. Ini satu kekalahan besar. Kita jadikan PAU ini tempat kita buat diskusi bukan debat yang pada saya tak perlu menuding jari pada sesiapa pun. Kekalahan kita dah tau negeri mana kawasan mana, jumlah peratusan pun kita dah tahu.

“Ketentuan tuhan walaupun dapat 30 kerusi tetapi Umno dan BN menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan. Ini satu perkara yang boleh diperhalusi dalam perhimpunan.

“Ini pilihan daripada Umno, keputusan majlis tertinggi untuk memutuskan bersama Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita di pejabat UMNO bersempena PAU 2022 disini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Mahdzir menegaskan bahawa UMNo merupakan sebuah parti yang dinamik berkenaan kerjasama politik.

“Dalam keputusan PAU lepas ‘no DAP, no Anwar’ tapi waktu datang suasana PRU 15 politik satu dinamik dimana kita lihat UMNO boleh mendapat keuntungan daripada kesatuan atau Kerjasama itu.

“Dalam MT jawatan bukanlah perkara utama. Sebenarnya dalam MT yang pertama kita minta supaya bolehkah 4 perkara dibentangkan kepada PH, pertama islam negara rasmi, kedua hak istimewa orang melayu, ketiga Bahasa melayu dan Bahasa kebangsaan dan keempat menghormati menghormati hak raja raja melayu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat