Kekalahan teruk PRU15 titik hitam menghantui Umno – Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) benar-benar menjadi mimpi ngeri apabila Umno hampir tenggelam, dan karam, dibadai taufan yang menggerunkan.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bukan sahaja bacaan parti tersasar, bahkan analisis, pelbagai kajian oleh pelbagai entiti bebas, juga jauh meleset.

“Malam ini, kita mesti berdepan, dengan hakikat yang sangat pahit. Bahawa Umno, hampir tenggelam, dan karam, dibadai taufan yang menggerunkan.

“Kita tewas, dengan kekalahan, yang amat menginsafkan. Kekalahan yang membuka mata, menggegar minda, merenyuk sanubari. Pilihan Raya Umum lepas, adalah titik hitam, yang akan selamanya, menghantui Umno. Ia tidak mungkin kita lupakan, selagi hayat dikandung badan.

“Kita semua terpukul hebat, dengan penolakan secara besar-besaran, orang Melayu terhadap Umno. Dan ia semakin merosot, dari PRU ke PRU. Akhirnya, mimpi ngeri melihat Umno kalah, benar-benar terjadi. Kita benar-benar, dipukul dengan hebat, dan memalukan, dalam PRU15 lepas,” katanya pada ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada Rabu.

Malah kata Mohamad, terus terang beliau nyatakan bahawa sememangnya beliau menjangkakan, bahawa PRU15, adalah suatu pertempuran, yang amat sukar.

“Tetapi tidak saya sangka, sama sekali bahawa, ia akan menjadi separah, dan seteruk ini.

“Segala analisis pilihan raya, yang kita dapati, dari sumber dalaman, dan ‘polling agency’, menunjukkan bahawa, kita akan menghadapi, saingan sengit,” ujarnya.

Sementara itu ujarnya lagi, ‘cognitive war’, yang dilancarkan, oleh lawan kita, secara konsisten, menggunakan ruang maya, sebagai lubuk, untuk menanam sentimen jahat, terhadap Umno.

“Bahawa Umno itu rasuah, Umno itu kotor, gila kuasa, dan segala kata nista, yang menjengkelkan.

“Tidak cukup dengan itu, mereka melabel, pemimpin kita, kleptokrat, tidak bermoral, dan segala macam lagi, tohmahan lain, yang mampu mencemar kepimpinan kita.

“Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video, dan banyak lagi naratif lain. Dipancar, dan disebar, luaskan melalui platform Tik Tok, Instagram, Facebook, WhatsApp dan Twitter.

“Di ambang pilihan raya, strategi ‘cognitive war’ ini, telah mereka giatkan, berlipat kali ganda. Kita juga diserang hebat, oleh ‘cybertroopers’, dari pelbagai arah. Motif mereka adalah, untuk mempengaruhi pemikiran, dan mengubah keyakinan masyarakat, terutamanya orang Melayu, bahawa Umno tidak layak, menjadi wakil mereka.

“Sehari demi sehari, ia menjadi kepercayaan, dan keyakinan rakyat, bahawa Umno itu, sinonim dengan segala kecurangan dalam politik. Inilah, yang Perikatan Nasional (PN) lakukan dengan berkesan. Mempengaruhi golongan muda, dan pengguna media sosial, seperti Tik Tok, dan Instagram, dengan melancarkan, perang besar-besaran, dengan ‘content’ yang toksik, untuk mengajak orang Melayu, membenci, serta meninggalkan Umno,” kata beliau.

Tegas Mohamad, ternyata, strategi ‘perang kognitif’ mereka sangat berjaya. Tsunami Melayu melanda utara, dan pantai timur semenanjung, dengan pengundi Melayu berduyun-duyun menolak Umno.

“Kita tewas, tanpa memenangi satu kerusi parlimen pun, di Kelantan, Terengganu dan Perlis. Kita turut gagal, mempertahankan semua, kerusi parlimen di Kedah, termasuklah yang disifatkan, sebagai kerusi selamat, seperti Padang Terap. Di Perak, kita tewas dengan dahsyat, dan demikianlah, impak ‘perang kognitif’ terhadap kita.

“Dan yang paling menyedihkan ialah, kita jauh ketinggalan, dalam memanfaatkan, tren ‘politik digital’ ini.

“Di saat, pihak lawan giat berkempen, dan ‘membaham’ kita di media sosial, kita gagal, mempertahankan diri, untuk menolak, segala tuduhan fitnah, dan kenyataan palsu, yang dilemparkan. Kita juga gagal, membentuk karisma, dan pengaruh yang kuat, di ruang maya.

“Kita tewas, kerana kita gagal, beradaptasi dengan kepentingan, menggunakan teknologi, dan maha data (big data), dalam rencana pilihan raya kita,” ujar Mohamad. – Suara.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat