Jualan Rahmah Tawar Harga 10 Hingga 30 Peratus Lebih Murah – Salahuddin

- Advertisement -

KLANG – Semua pasar raya di seluruh negara diseru menyertai Jualan Rahmah dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagi tujuan itu katanya, pihaknya sudah dan sedang mengadakan perbincangan serta kerjasama dengan beberapa pasar raya antaranya pasar raya Econsave, Mydin, Aeon Big, 99 Speedmart untuk melaksanakan jualan harga murah.

“KPDN boleh memberi permit notis jualan murah bagi mana-mana pasar raya untuk melaksanakan Jualan Rahmah sehingga maksimum empat bulan.

“Pasar raya yang menyertai Jualan Rahmah ini boleh menawarkan harga barangan keperluan di antara 10 hingga 30 peratus lebih murah dari harga biasa di premis masing-masing di seluruh negara.

“KPDN menyeru supaya lebih ramai lagi pemain industri khususnya pasar raya hiper dan pasar raya supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Inisiatif Rahmah dan Kempen Penurunan Harga 1,000 Barangan Jualan Rahmah di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kempen yang diusahakan itu tidak membabitkan sebarang kos kerajaan sebaliknya ia adalah libat urus dengan pemain industri untuk menjayakan program itu.

Beliau berkata, hari ini pasar raya Econsave menjadi perintis dengan melancarkan kempen penurunan 1,000 barangan dan Jualan Rahmah dengan harga berpatutan.

“Econsave akan menawarkan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus untuk 1,000 SKU sehingga 22 April ini di semua 91 cawangan Econsave di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, antara barangan terbabit adalah tepung gandum, minyak masak, mi segera, kopi, susu tepung bayi, susu sejat, biskut, sabun, lampin pakai buang.

“Kesemua barangan itu akan ditentukan sendiri oleh pihak pasar raya sama ada secara bermusim atau sebaliknya,” katanya.

Jualan Rahmah adalah kempen Inisiatif Rahmah yang membabitkan tiga cabang lain iaitu Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat