Pemuda UMNO Kelantan sedia sebarang kemungkinan status MN lepas mesyuarat 22 Januari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Kelantan sedia dengan sebarang kemungkinan hasil pertemuan UMNO dan PAS negeri itu yang dijadual 22 Januari ini .

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, mereka bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya keputusan yang bakal diperoleh selepas pertemuan antara UMNO dan Pas negeri pada 22 Januari ini tidak seperti yang diharapkan.

Menurutnya apa yang penting, usaha untuk sama-sama mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti itu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Pemuda UMNO Kelantan berharap pertemuan dengan PAS Kelantan nanti dapat memuktamadkan perkara utama hubungan politik yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

“Ini penting bagi memberi peluang kedua-dua parti menggarap hala tuju perjalanan politik negeri Kelantan yang tentunya amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

“Bagi pihak UMNO, kami merasakan kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya apa yang diputuskan dalam perbincangan nanti tidak seperti yang kami inginkan,” katanya memetik Sinar Harian di Kota Bharu pada Selasa.

Sebelum ini, PAS Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan antara parti itu dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua pihak melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, perkara paling utama ialah sama ada PAS masih mahu bersama dengan UMNO atau pun lebih selesa memilih parti lain sebagai rakan kongsi politik mereka di Kelantan.

Jelasnya, walaupun UMNO mungkin tidak sekaya parti lain dari segi wang ringgit tetapi UMNO menawarkan persahabatan jujur yang melangkaui sempadan politik ketika mereka sama-sama menjadi pembangkang.

“Sejarah telah membuktikan setelah Piagam Muafakat Nasional dimeterai, UMNO tidak pernah membelakangi Pas dalam membuat keputusan demi pernyatuan ummah dan tidak sesekali menikam belakang kawan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat