KPLB Salur 1,050 Kit Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Lipis

- Advertisement -

LIPIS, 11 Januari – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus menyantuni mangsa banjir dengan mengagihkan 1,050 kit bantuan di Kawasan Parlimen Lipis, Pahang.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, KPLB bersama agensi di bawahnya sedia melaksanakan Inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada kadar segera demi meringankan beban mangsa yang terjejas.

“Bantuan yang disasarkan bukan hanya merangkumi barang makanan, peralatan memasak, selimut toto dan kit penjagaan kesihatan, bahkan juga sehingga kerja-kerja pembersihan, membaiki kenderaan dan peralatan elektrik pasca banjir. “

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Kit Bantuan Mangsa Banjir di Lipis, Pahang.

Tambahnya, MARA turut memberi kelonggaran bayaran balik pinjaman pendidikan dan perniagaan serta pengecualian bayaran sewa premis perniagaan kepada yang terjejas.

KPLB juga berkerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT dengan peruntukan RM50 juta setiap kementerian untuk Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia bagi membina semula dan membaik pulih rumah mangsa banjir.

“Di bawah inisiatif itu, RM15 ribu diperuntukkan untuk membaiki rumah, RM56 ribu untuk bina semula di Semenanjung dan RM68 ribu untuk bina semula di Sabah dan Sarawak.”

Setakat ini KPLB telah mengenal pasti 1,879 unit rumah yang perlu di baik pulih dan 165 buah rumah pula mengalami kerosakan teruk dan perlu dibina baharu di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat