Kejayaan Kerajaan Perpaduan hasil kerja berpasukan bukan Anwar seorang

- Advertisement -

BUKIT JALIL — Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak berseorangan dalam mentadbir Kerajaan Perpaduan.

Melalui sesi dialog Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, seorang pengunjung bertanyakan apa usaha dalam menggerakkan Jemaah Menteri sebagai satu pasukan kerana melihat beliau seperti berseorangan mengemudi bahtera kerajaan.

Anwar menegaskan, ini hanyalah persepsi segelintir masyarakat dan menyatakan terdapat beberapa kejayaan dibuat kementerian tidak membabitkan dirinya secara langsung.

“Itu persepsi, kita lihat peranan setiap kementerian yang mengadakan mesyuarat setiap minggu…ekonomi, kerja raya, pendidikan, kesihatan, komiditi, perdagangan antarabangsa dan industri.

“Kalau kita lihat MITI merekodkan ratusan bilion, menyantuni usahawa desa melalui karnival usahawan desa (KUD) ditingkatkan, aspek komoditi runding sampai Inonesia supaya eksport kelapa sawit ditingkatkan.

“Saya tidak terbabit secara langsung, saya memberi sokongan…saya tidak dapat umumkan semua namun semua ada usaha, saya tidak fikir dapat mencatat kejayaan tanpa pasukan yang mantap dan komitmen kepimpinan keseluruhannya,” katanya.

Jelasnya lagi, terdapat banyak kejayaan yang dilakukan di setiap kementerian melalui program setahun kerajaan Madani namun tidak diberikan publisiti.

“Pihak kementerian perlu menyebarkan kepada rakyat supaya mereka faham ini adalah kerja sebuah pasukan,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat