Larry Sng Kecewa Tiada Wakil Partinya Dalam Kabinet

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng kecewa selepas tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Larry berkata, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kekecewaannya ketika ini memandangkan PBM merupakan antara pihak yang terawal menunjukkan sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri.

Walaupun kecewa, namun, Larry berkata PBM akan tetap memainkan peranannya bagi mengukuhkan kerajaan demi kepentingan negara.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan kekecewaan saya.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan PBM dalam masa terdekat bagi menentukan hala tuju kita di masa hadapan.

“Saya tidak menolak kemungkinan untuk bergabung dengan parti politik lain, sama seperti yang kita rancang sebelum PRU-15,” katanya dalam Facebooknya.

Tulisan Larry itu dibuat selepas Anwar mengumumkan senarai timbalan menteri kabinetnya semalam.

Minggu lalu, Anwar mengumumkan 28 menteri termasuk dirinya untuk membentuk kabinet. Beliau kemudian mengumumkan 27 timbalan menteri malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat