Bersatu Sabah Runtuh, Umum Keluar Bersatu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah lumpuh selepas wakil rakyatnya umum “sebulat suara” meninggalkan parti tersebut berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor Hajiji Noor berkata, ahli Bersatu Sabah bagaimanapun kekal sebagai ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sementara parti baru ditubuhkan.

Hajiji yang juga ketua menteri Sabah berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

“Kerajaan Negeri yang ditunjangi oleh GRS-BN juga telah mengambil kira nasihat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan kerajaan perpaduan Persekutuan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.

“Keputusan sebulat suara ini adalah demi kepentingan Sabah, demi perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk kita terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.

“Melangkah ke hadapan, kami akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini kami secara kolektif akan menjadi ahli GRS.

“Kami berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Anwar untuk memimpin negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bersatu yang bersama Perikatan Nasional (PN) di peringkat persekutuan adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar.

Bersatu Sabah mempunyai lima ahli parlimen – empat daripadanya bertanding di bawah tiket GRS semasa PRU ke-15.

Naib Pengerusi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang bertanding atas tiket PN pada PRU-15 belum menyatakan pendiriannya mengenai keputusan Bersatu Sabah itu.

Tidak jelas sama ada langkah Bersatu Sabah hari ini melanggar undang-undang antilompat parti kerana empat ahli parlimen berkenaan bertanding menggunakan logo GRS.

Peruntukan undang-undang antilompat parti mengambil kira “keahlian parti” sebagai faktor – dan meskipun Bersatu Sabah adalah komponen GRS, ahli parti bukan ahli langsung gabungan itu.

Begitu juga ahli Bersatu yang bertanding dan menang di bawah logo PAS di Kelantan, masih dianggap ahli Bersatu dan bukan ahli PAS.

Situasi unik bagi Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee yang juga pemimpin Bersatu Sabah yang bertanding pada PRU ke-15 dan memenangi kerusi Beluran menggunakan logo PN.

Sebahagian besar ahli Bersatu Sabah termasuk Hajiji dan Ronald pada asalnya adalah ahli UMNO yang berpaling tadah pada Disember 2018.

Di peringkat negeri, Sabah masih belum menggubal undang-undang antilompat parti selaras dengan peruntukan persekutuan – bermakna kerajaan negeri kekal utuh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat