Cinta Nafiez, Fify bukan rahsia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bukan lagi rahsia, kecenderungan pasangan kekasih ini berkongsi foto berdua di Instagram (IG) membuktikan pelakon Nafiez Zaidi dan Fify Azmi dilamun cinta.

Enggan berselindung lagi, Nafiez mengaku sejak penggambaran filem Ada Hantu 2 baru-baru ini, hubungan dengan Fify bertambah rapat dan istimewa.

“Ketika mula berkenalan, kami tidak rapat sangat. Selepas habis ‘shooting’ masing-masing sibuk sampai nak berhubung melalui telefon pun jarang.

Nafiez dan Fify sama-sama mengaku mudah berkomunikasi lantas memudahkan mereka mencari keserasian. Foto Ihsan Nafiez Zaidi
Nafiez dan Fify sama-sama mengaku mudah berkomunikasi lantas memudahkan mereka mencari keserasian. Foto Ihsan Nafiez Zaidi

 

“Apabila kembali ke set penggambaran filem Ada Hantu 2, hubungan jadi lebih mesra dan akrab. Barulah kami dapat berbual dan berkenalan lebih rapat,” katanya kepada BH Online.

Nafiez atau nama sebenar, Abdul Nafis Abduzaidi mengaku mudah berkomunikasi dengan Fify lalu melancarkan kerjasama di set penggambaran.

“Dia buat saya selesa… Sampai sekarang hubungan kami jadi senang,” katanya yang diperkenalkan dalam drama Kiah The Spy pada 2013.

Sementara itu, Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi mengaku mudah berkomunikasi dengan Nafiez.

“Nafiez jadi diri sendiri. Dia tidak berpura-pura. Itu antara ciri dirinya yang membuatkan saya tertarik.

“Kalau ada jodoh dan dia boleh membimbing saya… Alhamdulillah. Saya memang mencari calon suami, bukannya kekasih,” katanya.

Berita Harian

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat