Bekalan import ayam sejuk beku tujuan turunkan harga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan mengimport ayam sejuk beku adalah tindakan sementra bagi tujuan menstabilkan harga ayam di peringkat runcit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan import bekalan ayam sejuk beku itu diharap dapat menurunkan harga kesan daripada persaingan.

“Terdapat banyak permintaan daripada bekalan. Sebab itu kita bawa masuk bekalan dan harap di peringkat runcit akan menurun (harga) kerana ada persaingan lebih banyak bekalan ayam,” katanya memetik Bernama di Putrajaya malam tadi.

Alexander berkata demikian bagi menjelaskan keputusan kerajaan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan harga lebih murah kepada pengguna.

Nanta berkata kerajaan telah berusaha untuk mengawal harga ayam melalui harga maksimum di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.

Dalam perkembangan lain, Alexander yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata tindakan calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian Datuk Ali Biju yang menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 membuktikan keakraban Bersatu dan GPS sebagai sahabat baik.

Alexander menzahirkan bahawa GPS mampu menang pada PRN kali ini terutama di kawasan pedalaman kerana manifesto yang ditawarkan menekankan inisiatif relevan.

Antaranya memperhebatkan pembangunan, memberi bantuan kepada golongan yang terkesan dengan wabak COVID-19 dan juga rancangan jangka panjang kerajaan negeri Sarawak yang memberi fokus kepada pembangunan e-dagang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat