KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma dua hari bermula esok, kepada para pengguna lebuh raya bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali 12 November 2023.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pelaksanaan pemberian tol percuma ini bermula pada Sabtu jam 12.01 pagi sehingga Ahad iaitu jam 11.59 malam.
Menurutnya, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskan- dar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.
“Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemilihan tarikh ini juga jelasnya bertujuan mengelakkan penumpuan trafik pada hari per- jalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.
Katanya ini dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan seperti pengurusan kawalan trafik, sumber air tambahan, penyediaan tandas serta keperluan logistik yang melibatkan pihak ketiga di kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.
“Anggaran jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.
Dengan pelaksanaan tol percuma ini, diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.
“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi cadangan jadual waktu per- jalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan,” katanya.