Polis Terima Dua Laporan Berkaitan Adun Langgar SOP PKPB

- Advertisement -

CYBERJAYA – Polis mengesahkan menerima dua laporan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dari DAP yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan itu.

“Pengadu seorang lelaki ketika berada di rumah sekitar jam 6.50 petang di Kampung Datuk Ahmad Razali, Dengkil, telah melihat satu Twitter yang menunjukkan seorang ADUN yang dikenali di Twitter dan Instagram dengan nama Young Syefura atau nama sebenarnya Young Syefura Othman (ADUN Ketari Pahang) memuatnaik gambar beliau dan rakan-rakannya sedang berkelah di tepi pantai di Bagan Lalang beramai-ramai tanpa mematuhi SOP PKPB.

“Pengadu terus melihat Instagram Young Syefura dan melihat ada sembilan keping gambar yang baru sahaja dimuatnaik di lokasi yang berhampiran dengan Avani Sepang Goldcoast Resort yang pengadu percaya di Pantai Bagan Lalang.

“Menurut pengadu, Selangor pada ketika ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang mana aktiviti tersebut pada ketika ini adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Menurut Fadzil lagi, pengadu dalam laporan itu menjelaskan ini bukan kali pertama ahli politik melanggar SOP PKPB menyebabkan rakyat menjadi marah kerana tiada apa-apa tindakan diambil terhadap ahli politik berkaitan.

Terdahulu ADUN DAP itu memohon maaf atas perbuatannya itu dengan menjelaskan beliau sedia disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat