Musim Tengkujuh Bermula Rabu Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA- Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka melanda negara bermula 11 November ini dan dijangka berakhir pada bulan Mac tahun depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata, empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dijangka berlaku sepanjang tempoh monsun berkenaan.

“Semasa fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November hingga Disember, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala mulai Januari 2021, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah serta Sarawak.

“Fasa kedua monsun iaitu mulai hujung Januari 2021 seperti biasa dijangka cuaca agak kering di negeri-negeri utara Semenanjung termasuk Kelantan,” katanya di sini tadi.

Tambahnya, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah serta kawasan kerap belaku kejadian alam itu.

“Jika hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.

“Selain itu, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan,” ujarnya. – K! ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat