Enam gabungan NGO mohon tangguh perbentangan RUU kawalan produk merokok

CYBERJAYA – Enam badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Bumiputera selaku pemegang taruh industri vape yang mewakili lebih 50,000 usahawan memohon kerajaan menangguhkan perbentangan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan 2023.

NGO berkenaan meluahkan rasa terkilan kerana tiada penerangan dan perbincangan secara terperinci dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pemain industri sebelum Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan.

“Kami merasakan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membentuk Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dilakukan secara berat sebelah dan tidak wajar kerana kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan Rang UndangUndang (RUU) yang bakal dibentangkan.

“Oleh yang demikian, pihak kami memohon agar perbentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 – Bacaan Kedua ditangguhkan bagi memberi ruang untuk sesi libat urus secara menyeluruh antara pihak kerajaan dengan pemegang taruh bagi membentuk RUU yang lebih adil dan bersesuaian untuk semua pihak,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Kenyataan media itu mewakili Malaysia E-Vaporizers & Tobacco Alternative Association (MEVTA), Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA), Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), Malaysia e-Liquid Brewers Association (MEBA), Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) dan Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM).

NGO berkenaan turut akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon supaya suara industri vape mendapat perhatian dan dipertimbangkan oleh Perdana Menteri.

“Kami sentiasa menyokong YAB Dato’ Seri dalam usaha memacu ekonomi negara. Segala pertimbangan dan kerjasama amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat