Bapa miliki anak perempuan cenderung hidup lebih lama – Kajian

- Advertisement -

POLAND – Satu kajian mendapati bapa yang mempunyai anak perem­puan cenderung untuk hidup le­bih lama berbanding mereka yang tidak memilikinya, lapor
laman berita Wion News kelmarin.

Kajian tersebut dilakukan oleh kumpulan penyelidik Universiti Jagiellonian di Poland.

Kajian itu menganalisis data demografi seramai 4,310 individu terdiri daripada 2,147 orang ibu serta 2,163 bapa.

Kumpulan penyelidik itu meneliti bilangan anak-anak serta membezakan antara anak pe­rempuan dan anak lelaki untuk melihat sebarang kesan potensi terhadap umur bapa.

Hasil kajian mendapati jumlah bilangan anak atau bilangan anak lelaki tidak mempunyai kesan ketara terhadap jangka hayat bapa. Sebaliknya, hubung kait signifikan diperhatikan antara bilangan anak perempuan dan umur bapa.

Penemuan utama kajian itu menunjukkan bahawa bapa yang mempunyai anak perempuan cenderung untuk hidup lebih lama.

Kajian sama turut menemui trend menarik, iaitu semakin ramai anak perempuan dimiliki seseorang bapa, semakin lama jangka hayat mereka.

Malah, data menunjukkan bahawa bagi setiap anak perempuan yang dilahirkan, jangka hayat seorang bapa bertambah pada kadar purata 74 minggu. – Agensi

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat