Pusingan Kedua Debat Calon Presiden Amerika, Dibatalkan

- Advertisement -

WASHINGTON: Debat pusingan kedua calon Presiden Amerika yang dirancang pada 15 Oktober antara Presiden AS Donald Trump dan pencabar dari parti Demokrat, Joe Biden, secara rasmi dibatalkan semalam, sehari setelah Trump menolak keputusan suruhanjaya bukan kepartian yang mengubah formatnya secara dalam talian untuk mengelak penyebaran COVID- 19.

Trump disahkan positif Covid-19 seminggu lepas.

Perdebatan itu, yang awalnya dijadualkan di Miami, adalah pusingan kedua dari tiga perdebatan presiden yang dirancang. Yang terakhir dijadualkan pada 22 Oktober di Nashville, Tennessee. Setelah Trump enggan mengambil bahagian dalam perbahasan pada 15 Oktober, Biden menjadualkan ucapan yang akan disiarkan di televisyen melibatkan dirinya sahaja pada petang 15hb itu.

Suruhanjaya Perbahasan Presiden (CPD) dalam pernyataan melalui email mengatakan : “Sekarang sudah jelas perdebatan pada 15 Oktober tidak akan diadakan, dan CPD akan mengalihkan perhatiannya kepada persiapan untuk debat presiden terakhir yang dijadualkan pada 22 Oktober.”

Presiden itu, yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua pada 3 November nanti, pada hari Khamis lepas menyebut perubahan format di mana beliau dan Biden akan berdebat secara maya, sebagai “tidak masuk akal” dan menyifatkannya sebagai membuang masa kalau mengambil bahagian dalam perdebatan seperti itu.

Pasukan kempen Trump semalam, menuduh suruhanjaya itu, yang diketuai oleh bekas ketua Jawatankuasa Nasional Republik, sebagai cenderung kepada Biden – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat