Nilai ekonomi digital ASEAN mampu cecah AS$2 Trilion menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Nilai landskap ekonomi digital ASEAN mempunyai potensi untuk mencecah sehingga AS$2 Trilion (RM8.4 Trilion) ke arah tahun 2030 selepas kejayaan proses rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang berjaya diselesaikan pada bulan Mei lepas.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, matlamat itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya negara ASEAN masih menghadapi masalah pasaran digital yang tidak seimbang dan tahap kepercayaan orang ramai kepada teknologi digital masih lemah.

“Dengan pelaksanaan yang berkesan, ekonomi digital ASEAN boleh mencapai sehingga US$2 trilion menjelang 2030.

“Namun, peluang itu tidak akan direalisasikan secara automatik. Pasaran digital yang berpecah, jurang akses dan kepercayaan yang lemah boleh memperlahankan pelaburan, mengehadkan pertumbuhan dan menyebabkan sesetengah komuniti ketinggalan,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan merasmikan acara M360 ASEAN GSMA 2026 yang diadakan di ibu negara, hari ini.

Menurut beliau, Malaysia melihat pembangunan teknologi digital yang jelas kerana sektor digital dan komunikasi kini adalah asas kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam, inovasi serta perkembangan perusahaan.

“Kejayaan rundingan DEFA pada Mei lalu merupakan perkembangan penting ke arah membentuk ekonomi digital ASEAN yang lebih bersepadu dan berdaya saing.

“Ukuran sebenar kejayaan ialah sama ada aspirasi serantau ini diterjemahkan kepada peluang praktikal di seluruh ASEAN,” katanya.

Malaysia akan terus melibatkan diri dengan komitmen berkaitan agenda itu melalui langkah mengukuhkan infrastruktur dan ekosistem digital di peringkat tempatan dan memainkan peranan dalam usaha integrasi digital ASEAN.

Hari ini adalah hari terakhir sejak ia bermula semalam.

Penganjuran M360 ASEAN di Kuala Lumpur dianjurkan oleh Persatuan Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSMA) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan transformasi digital termasuk 5G dan kecerdasan buatan (AI).

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat