Cinta, penghijrahan & ketabahan hati dalam ‘Satu Hari Nanti’: Drama terbaharu eksklusif di iQIYI

- Advertisement -

iQIYI, platform penstriman video popular di Asia, bakal mempersembahkan drama bersiri terbaharu bertajuk Satu Hari Nanti pada 18 September ini. Dibarisi pelakon muda berbakat seperti Ezaidi Aziz, Eyka Farhana, dan Bella Astillah, drama ini dijangka menjadi tontonan hangat dengan tema cinta, penghijrahan, dan pencarian makna hidup.

Satu Hari Nanti, di bawah arahan pengarah terkenal Pali Yahya, mengisahkan perjalanan hidup seorang mualaf berbangsa Cina, Noah Lee (lakonan Ezaidi Aziz), yang bergelut dengan kekecewaan cinta. Dalam usahanya mencari hikmah di sebalik kesedihan, Noah bertemu dengan seorang gadis Muslim dinamis, Marissa Safiyyah (Eyka Farhana), yang lantang memperjuangkan hak-hak wanita. Noah jatuh hati kepada Marissa, namun kehadiran seorang lagi wanita misteri, Aulia Jane (Bella Astillah), menimbulkan persoalan tentang apakah kesudahan hubungan mereka.

Bagi Ezaidi Aziz, watak Noah mencabar dari segi emosi dan identiti kerana membawa peranan sebagai mualaf yang mencari tujuan hidup. “Cerita ini mengajar kita untuk tidak mudah menghukum orang lain. Ia juga menyerlahkan bagaimana pandangan pertama tidak menentukan kebaikan atau keburukan seseorang,” jelas Ezaidi.

Berbeza dengan Eyka Farhana, pengalaman paling berharga baginya adalah penggambaran di Mekah dan Madinah. “Sebaik sahaja mengetahui penggambaran akan dilakukan di Tanah Suci, saya sangat teruja. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan pengalaman itu sangat bermakna,” katanya.

Bagi Bella Astillah, wataknya sebagai Aulia Jane turut mencerminkan peribadinya dalam memahami erti cinta. “Cinta yang tulus datang dari kedua-dua pihak. Ia bukan sekadar usaha sebelah pihak untuk memastikan hubungan itu kekal.”

Pengarah Pali Yahya mengakui cabaran dalam menghidupkan watak-watak dalam drama ini, terutama sekali kerana ia diinspirasikan dari sebuah novel. “Mencari keseimbangan antara kesemua pelakon untuk mewujudkan ‘chemistry’ yang kuat bukanlah mudah, tetapi saya puas hati dengan hasilnya,” ujar Pali.

Selain kisah cinta yang menyentuh hati, Satu Hari Nanti turut memaparkan elemen ketuhanan dan pengorbanan. Drama ini mengetengahkan aspek kecintaan bukan hanya antara manusia, tetapi juga kepada Sang Pencipta, dengan latar belakang indah di Mekah dan Madinah, menjadikan perjalanan watak-watak lebih bermakna.

Menurut Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Singapura, “Harapan kami agar drama ini mendapat sambutan hangat. Selain alur cerita yang memikat, ia juga memberikan pengajaran tentang nilai agama dan cinta sejati.”

Satu Hari Nanti akan ditayangkan eksklusif di iQIYI mulai 18 September 2024, setiap malam pada jam 9:00 malam. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah cinta yang penuh dengan cabaran dan makna mendalam ini.

Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, dan saksikan drama ini secara langsung!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat