Pelancaran pada 2017 tak tipu, itu LCS 1 yang masih dalam proses pembinaan bukan ‘dummy’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tuduhan kononnya pelancaran Kapal Tempur Pesisir (LCS) di Lumut pada tahun 2017 dilancarkan bertujuan untuk tipu dan kelirukan orang ramai adalah tidak benar.

Sebaliknya, pelancaran kapal sebelum siap sepenuhnya merupakan tradisi dan praktis biasa buat Tentera Laut.

Bekas Panglima Tentera Laut Tan Sri Dr Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menjelaskan, Malah, kapal yang dilancarkan di Lumut ketika itu ialah kapal LCS 1 sebenar yang sedang dalam proses pembinaan, bukan ‘dummy’.

Malah katanya, ini termasuk ‘mast’ yang yang dikhabarkan palsu.

“Saya tahu visuals pelancaran kapal LCS di Lumut pada tahun 2017 menjadi perhatian semula sejak akhir-akhir ini. Saya sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia turut
hadir di upacara tersebut. Maklum balas orang awam tentang di mana kapal, kenapa lancar kalau masih tidak siap? – ini saya boleh faham dan hormati.

“Cuma, apabila fitnah seperti ini diviralkan, saya terpanggil utk membetulkan persepsi negatif bagi melindungi maruah dan nama baik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
yang saya sayangi. Penting untuk saya beritahu fakta sebenar supaya orang awam tidak terus keliru akibat kenyataan sesetengah pihak yang bersifat populis dan politiking,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kamarulzaman menyatakan, pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap sepenuhnya merupakan tradisi serta praktis TLDM sejak sekian lama. Bukan pertama kali di Lumut pada tahun 2017.

Malah katanya, ini juga amalan biasa di negara-negara lain.

“Sebab itu, perkara ini juga disebut oleh Kepten (B) Ir. Azhar bin Jumaat dalam sesi menghadap PAC pada 11 Disember 2021 lalu. Saya petik semula penjelasan beliau:-
“Daripada segi tradisi, we call launching dengan naming ini hanya melibatkan satu aktiviti tradisi yang melibatkan kapal-kapal perang sahaja. Justeru, untuk aktiviti launching dan
naming itu, daripada segi tradisi dan praktis itu, memang a dipraktikkan sebelum ini juga.”

“Ini juga penjelasan beliau -“Mengambil peluang aktiviti launching daripada segi kejuruteraan teknikal ini dan juga dilaksanakan secara bersama dipanggil upacara penamaan itu, Yang Berhormat. la adalah memang satu tradisi navy yang telah dilaksanakan sejak yang lepas-lepas”.

“Sebagai contoh praktis di negara lain – semasa pelancaran kapal LCS yang dibina oleh Naval Group untuk Kerajaan UAE di Perancis- kapal tersebut juga belum siap sepenuhnya,” hurai beliau lagi.

Jadi katanya, tuduhan kononnya pelancaran LCS di Lumut pada tahun 2017 dilaksanakan untuk tipu dan kelirukan orang ramai, tidak benar.

“Malah, saya perlu beritahu orang ramai bahawa yang dilancarkan di Lumut ketika itu ialah kapal LCS 1 sebenar yang sedang dalam proses pembinaan, bukan dummy. Ini termasuk ‘mast’ yang yang dikhabarkan palsu.

“Semua ini turut dijelaskan semasa sesi PAC sebelum ini. Jadi janganiah ada pihak sengaja timbulkan is demi kepentingan sendiri sehingga sanggup kelirukan orang ramai,” kata beliau.-SUARATV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat