Gangguan Bekalan Air Di Kuala Selangor Pulih

- Advertisement -

KUALA LUMPU: Bekalan air di 188 kawasan di daerah Hulu Selangor yang mengalami gangguan air sejak semalam berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di loji rawatan air (LRA) Sungai Rasa, mula disalurkan sejak 8 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri berkata bekalan air diagihkan secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air distabilkan dan dijangka pulih sepenuhnya 8 pagi esok.

Katanya, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Rasa mengalami kelewatan akibat isu teknikal bagaimanapun telah siap dilaksanakan 5:30 pagi tadi.

“Air Selangor memohon maaf atas kesulitan dialami pengguna dan akan berusaha bagi memastikan proses pemulihan bekalan di 188 kawasan yang terjejas berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor akan terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian, katanya.

Maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa boleh disemak menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat