Annuar Persembah Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Kepada Agong

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di Istana Negara.

Memetik kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) di Facebook, Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022) mempersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis menghadap yang berlangsung selama hampir sejam itu, adalah Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal HKHM 2022 Datuk Seri Mohammad Mentek.

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat