Dron Dirampas Pada Hari Perbicaraan Guan Eng

“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap...

Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

PANTAI MANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya...

Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. Bekas...

MT UMNO, Razlan Rafii Dilaporkan Positif Covid-19 Kata Sumber

Kota Kinabalu - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dilaporkan positif Covid19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang. Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar...

Saya Rasa Pinggang Macam Dah Nak Patah Kata Najib

Papar - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akan tetap membantu jentera Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan dengan jadual...

BUTTERWORTH – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor pada satu sidang media mengingatkan semua pihak termasuk penyokong yang akan mengikuti pendakwaan kes Lim dan isterinya, Betty Chew pada esok supaya mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Beliau berkata pematuhan terhadap arahan dan SOP itu amat penting sebagai langkah keselamatan yang perlu diamalkan oleh semua pihak yang datang berhimpun di luar perkarangan mahkamah bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, seorang petugas media surat khabar tempatan telah ditahan polis kerana cuba menggunakan dron tanpa kebenaran di luar perkarangan mahkamah.

Polis telah merampas dron dan kelengkapan elektronik petugas media berkenaan dan beliau telah dibawa ke balai untuk direkod keterangan.

Sementara itu, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersedia untuk membersihkan namanya dan membuktikan beliau tidak bersalah daripada pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

“Ini tuduhan yang tidak berasas dan saya akan lawan untuk buktikan di mahkamah bahawa saya tidak bersalah dan tidak menerima wang,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan pada sidang media di pusat khidmatnya di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah ayahnya, Lim Kit Siang dan adik perempuannya Lim Hui Ying, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer serta peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

Pagi tadi di Mahkamah Sesyen di sini, Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM3.3 juta melibatkan projek jalan-jalan utama dan terowong di negeri ini.

Jumaat lepas, Lim turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat sama dilantik untuk melaksanakan projek serupa dan beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang mencetuskan kontroversi itu bakal menghubungkan pulau ini dari Persiaran Gurney dengan tanah besar di Bagan Ajam dengan anggaran kos RM6.3 bilion dan ia dijangka bermula pada 2023 – sumber BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap...

MT UMNO, Razlan Rafii Dilaporkan Positif Covid-19 Kata Sumber

Kota Kinabalu - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dilaporkan positif Covid19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang. Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar...

Tidak Wajar Benarkan Pesakit Covid19 Keluar Mengundi

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Dato Seri Bung Mokhtar Radin menyokong saranan Menteri Pertahanan Dato Seri Ismail Sabri Yakob dalam tindakan tidak membenarkan pesakit...